PROGRAM LONJAKAN MEGA LUAR BANDAR (PLMLB)

PROJEK AGROPOLITAN

PLMLB merupakan satu program pembangunan bersepadu yang bertujuan menghapuskan kemiskinan luar bandar melalui peningkatan pendapatan dan kualiti hidup serta mempercepatkan pembangunan di kawasan mundur, terpencil dan terbiar.

Program ini dilaksanakan melalui Projek Agropolitan yang melibatkan pembangunan tiga komponen utama iaitu pembangunan fizikal, ekonomi dan modal insan. Pembangunan fizikal merangkumi pembinaan rumah, infrastruktur asas dan ameniti sosial. Pembangunan ekonomi pula dibahagikan kepada pembangunan ladang sejahtera dengan tanaman getah atau sawit dan pembangunan ladang atau aktiviti komersial yang bersifat jangka pendek. Bagi pembangunan modal insan, pelbagai kursus diadakan secara berterusan bagi membantu peserta dan ahli isi rumah meningkatkan pengetahuan dan jati diri mereka.

komponen-ekonomikomponen-modal-insankomponen-fizikal

SENARAI PROJEK AGROPOLITAN

projek-agropolitan