Selamat Datang Ke Laman Web KKLW  Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas aspek kehidupan sekarang ini telah mempengaruhi cara kita bermasyarakat dan melaksanakan urusan harian. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sentiasa peka kepada perkembangan-perkembangan tersebut. Sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar, Kementerian ini akan sentiasa berusaha memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan agar menepati keperluan pelanggannya. Kandungan laman web ini akan sentiasa dikemas kini dari segi maklumat, gaya persembahan, dan kemudahan berurusan. Kandungan maklumat mengenai objektif dan fungsi kementerian serta program dan projek yang dilaksanakan diharap dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada semua pengguna. Selain itu, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan objektif dan fungsi agensi-agensi di bawah Kementerian ini seperti KEMAS, JHEOA, INFRA, MARA, RISDA, FELCRA, KEDA, KEJORA, KETENGAH, dan KESEDAR juga dapat diperoleh melalui laman ini. Terima kasih dan selamat maju jaya. Wassalam. Y.B. Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. |