Homestay
Konsep Program Tinggal Bersama atau "Homestay Programme” adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru untuk pelancong. Di bawah program ini, pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang terpilih dan seterusnya berpeluang mengecapi cara hidup seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan Malaysia secara langsung. Melalui cara ini, pelancong akan mendapat pengalaman dan berinteraksi secara terus dengan cara hidup dan kebudayaan rakyat Malaysia.
Homestay merupakan di antara cabang-cabang pelancongan desa yang dapat memperkenalkan aktiviti sukan, permainan dan kebudayaan tradisional masyarakat Malaysia.
Definasi Homestay
Home : Rumah
Stay : Tinggal
1. Homestay Kampung Pasir Raja, Dungun Terengganu (KETENGAH)
Keterangan | Permohonan | Alamat / Email / Pegawai Untuk Dihubungi |
Kampung Pasir Raja merupakan sebuah perkampungan tradisi Melayu yang masih kekal keasliannya bak kata pepatah ‘Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’. Pakej: - Pakej Sehari.
- Pakej Sehari Satu Malam.
- Pakej Dua Hari Satu Malam.
- Pakej yang melebihi 2 Hari 1 Malam Homestay.
Penyediaan tempat tinggal kepada pelancong-pelancong yang ingin bermalam atau menginap di Kampung Pasir Raja mengikut pakej yang disediakan. Bayaran Penginapan RM40.00/ semalam dan bayaran lain adalah bergantung jenis pakej yang diminta. Penginapan : 1. Rumah Rehat Bilik: Sebuah rumah - 1 bilik Bilangan rumah - 40 buah | | Bahagian Pembangunan Sosial dan Institusi, Ibu Pejabat, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Karung Berkunci No. 3, 23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah, TERENGGANU, MALAYSIA. Tel : 09-822 3100 dan Faks: 09-822 3104 Atau Pengerusi JKKK, Kampung Pasir Raja, 23000 Dungun, TERENGGANU. E-mail : pasirraja@titian.digital.net.my Home page : http://www.titian-digital.net.my |